Pages

Friday 6 May 2011

UCAPAN SEMPENA PERSARAAN PN. ZAINAB BT. ISMAIL (BU ZAI)


Assalamualaikum Buzai,



MERIMBUN SEGAR POHONAN MERANTI,

DAUNNYA SUASA TEPIAN BEJANA,

SAUDAGAR ILMU MENABUR BAKTI,

PENCANANG BANGSA MEGAH TAS BUANA.



      Maaf mungkin ini hanyalah sekadar serangkap pantun biasa, hiasan pembuka bicara nan menyepi. Maaf juga kerana lambat menghantar warkah ini. Kami dimaklumkan bahawa Buzai akan bersara pada 6.5.2011 iaitu semalam, dukacita dimaklumkan bahawa institusi perguruan telah kehilangan seorang tokoh yang telah banyak mencurahkan bakti di persada ilmu, malah menjadi kehilangan yang teramat besar untuk pihak sekolah kerana insan ini banyak menyumbang kepada pembentukan pentadbiran sekolah dan pembangunan diri serta sahsiah para pelajar.



      Buzai, jika kami menjadi salah seorang menteri, akan kami memberikan gelara biduanita kepada Buzai. Namun apakan daya kami, kami hanya sekumpulan bekas pelajar yang masih bertatih di lorong kehidupan. Mencari kitab baharu untuk dipenuhi dan menjadikannya salah sebuah jilid sejarah kehidupan kami. Profesionaliti daripada Buzai amat kami sanjungi, tinggi -tinggi pohonan kelapa lagi tinggi martabat Buzai di mata kami. Dedikasi daripada Buzai amat kami kagumi. Buzai contoh wanita pencorak bangsa, tahniah kerana telah berjaya mendukung serta melaksanakan amanat yang diberi dengan jayanya tanpa merintih serta mengharapkan balasan. Moga Allah melimpahkan segala limpahan rahmatnya kepada Buzai, itu doa kami.



      Sedar tidak sedar sambutan Hari Ibu bakal menjelang tiba dan sedar tidak sedar sudah hampir dua tahun kita bersama, berdondang sayang kita mencorakkan SABDA. Indah memori disulam senyuman serta tangisan, semuanye dijadikan sejarah ikhtibar panduan hidup. Terima kasih di atas semua ilmu yang telah dicurahkan. Bulan Mei banyak menyulam memorabilian antara kita, 15 Mei 2009 segalanya bermula kisah pengenalan kita bersama, termetrailah sebuah simpulan kasih bersama. Tarikh pembukaan SABDA, tarikh pengenalan kita, tarikh kami berjauhan daripada ibubapa dan tarikh kami mengiktirafkan Buzai sebagai ibu angkat kami. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kerana telah mengajar kami bertatih sehinggalah berlari kencang.



      " Panjangkan harapan setinggi langit, paling tidak kalau jatuh pun tersungkur di awan nan membiru. " Masih segar kata-kata azimat itu kami sematkan di dalam hati, sungguh itulah butir-butir mutiara yang kami gunakan untuk berdagang di persada dunia. Terima kasih kami ucapkan sekali lagi, kata-kata itu menjadikan kami lebih asertif dalam pemilihan panduan jalan hidup yang bakal kami harungi. Penyunting semangat mengharungi gejolak pemodenan beserta ragam kehidupan. Gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara dilautan, jutaan terima kasih.



      Maaf jika sepanjang perkenalan kita banyak mengundang syak wak sangka atau menguris hati Buzai lantas mengecilkan hati Buzai. Maafkan di atas segala kekhilafan kami. Sepuluh jari rapat disusun dengan harapan agar diampunkan segala silap dan salah kami semua. Kami juga memohon agar dihalalkan segala ilmu yang telah Buzai curahkan kepada kami tak kira masa dan keadaan. Terima kasih di atas segala-galanya. Ini sahaja perutusan yang mampu kami lakukan, tiada antologi moden dan baharu dapat kami simpul seta ciptakan lagi. Terima kasih sekali kagi wahai biduanita Buzai pencorak bangsa. Hanya ALLAH sahajalah yang mampu membalas segala kebaikan Buzai.



" Ya ALLAH ya tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu agar engkau limpakan segala limpah rahmatmu kepada guru kami. Engkau kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami. Terimalah segala amalannya, makbulkan segala doanya, tenangkanlah hatinya, murahkanlah rezekinya dan lapangkanlah kuburnya, jauhilahnya daripada fitnah manusia, fitnah kubur serta fitnah dajal. Dan salam sejahtera ke atas junjungan besar kami Nabi Muhammad SAW seta Ahlul Bait. Amin Ya Rabbal'alamin "


Ikhlas daripada kami NOVA-X
SYUKRAN JAZILAN WA JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

6 comments:

  1. bu zai..semoga bu zai dilimpahi barakah ALLAH...sentiasa berbahagia hendaknya..heheh

    ReplyDelete
  2. Buzai, mintak maaf kalau ada buat salah.*congirm ada punyaaa.moga panjang umur dan dimurahkan rezeki<3

    ReplyDelete
  3. siapa buat? bravo! suka sangat.

    ReplyDelete
  4. buzai jaga diri elok-elok n terima kasih utk semuanya dr kami mula hendak bertatih sehingga kini masih lagi baru utk memulakan hidup

    ReplyDelete
  5. sape admin blog ni weyh. jamal or tol?

    btw, nice text :)

    ReplyDelete
  6. Nak bagi buzai baca ni dohh..macamana?

    ReplyDelete