Pages

Sunday 15 May 2011

TERIMA KASIH CIKGU

Assalamualaikum cikgu,



" Cikgu, saya tak faham apa yang cikgu ajarkan. Boleh tolong ulangkan semula tak? Boleh la cikgu. "



" Cikgu cantik tali leher yang cikgu pakai, sesuai dengan cikgu. "



" Cikgu nampak cantik la hari ni. Hahaha "



          Sudah lama benar tidak kami ungkapkan kata-kata itu, butir perbicaraan harian kami di zaman persekolahan. Rindu benar hati ini untuk pulang lantas memainkan semula rakaman situasi di saat itu. Cikgu, kami rindukan cikgu. Rindukan leter bicara cikgu, rindukan denda derita cikgu, rindukan manis ketawa cikgu, namun semuanya telah berlalu pergi. Kisah zaman prasejarah kami, semuanya tidak akan kami kuburkan begitu sahaja. Kisah manis yang akan kami kongsikan sehingga gugurnya daunan di lembah Luf Mahfuz.



          Tanpa cikgu, siapalah kami. Kami hanyalah sekelompok pengemis yang ligat menagih ilmu serta simpati di jagatraya ini, terhuyung-hayang dilambung kejahilan ilmu. Mungkin saja kami sedang bertarung nyawa tanpa bekalan yang bermanfaat. Cikgu, sesungguhnya engkau telah memberikan sinar warna yang indah di dalam kehidupan kami. Engkau telah mencorakkan berjuta warna pelangi di atas kanvas kehidupan kami. Terima kasih cikgu.



          Berkedip-kedip jutaan bintang di langit, kami diantara yang satu, manakala engkau pula menjadi sang rembulan yan menjadi pelengkap kepada keindahan malam yang gilang-gemilang itu. Alhamdulillah, sudah banyak ilmu yang telah kami timba di lautan ilmu dan sudah banyak masa,kudrat serta air liur yang telah dicurahkan oleh engkau kepada kami. Kini, ada di antara kami yang telah mula mengorak langkah untuk pergi dengan lebih jauh untuk mencari sekelumit ilmu untuk ditimba. Namun, siapakah yang menjadi paradigma kepada semua ini? Tentulah kamu wahai cikgu. Teladan yang baik kini kami jejaki.



          Kami punyai satu kisah untuk dikongsi bersama, kisah di saat kejatuhan kami; Kami sedar bukan mudah, untuk mengejar mimpi indah. Mimpi yang menjadi impian setiap pelajar di Malaysia iaitu cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pernah suatu ketika dulu kami punya harapan yang besar, kini kami tak pasti dapatkan kami miliki. Lantas, engkau hadir dan menyatakan bahawasanya sudah jauh kami tempuh, kekalkanlah impian lalu, mungkin ada hikmah yang menunggu di penghujung jalan, biar nanti kecewa setidak-tidaknya kami telah mencuba. " Jika halangan menduga perjalanan kita, janganlah kau putus asa kerana kami ada disisi setia menemani, andai semangat kamu gugur genggamlah tangan kami, kita hampir ke situ. ( hampir ke penghujung perjuangan kami ) " Namun, adakalanya kami terasa tabahnya ketabahan kami tidaklah setegar mana tapi apalah gunanya berhenti di separuh jalan, kami percaya pada cikgu, kami yakin kami mampu. " Butir-butir ungkapan azimat masih kedengaran sehingga kini, " jika halangan menduga perjalanan kita, janganlah kau putus asa kerana ku ada disisi setia menemani, andai semangat kamu gugur genggamlah tanganku kita hampir ke situ. Biar orang katakan, rapuhnya harapan kamu, bukan mereka tentukan takdir. Kamu ada kami dan kami ada kamu, apa jua akhirnya tetap bersama mencapai aspirasi yang dicita." Terima kasih sekali lagi cikgu, sumbangan cikgu terlalu besar bagi kami. Tidak mampu kami membalas segala pengorbanan cikgu, hanya Allah sahajalah tempat kami memohon keberkatan hidup cikgu.



          Selama dua tahun kita bersama, tentu saja ada di antara sikap kami yang mengguris hati cikgu. Bohong jika dikatakan bahawa frasa TIDAK itu meniti di bibir mungkil cikgu. Mungkin ada di antara kami yang telah menitiskan permata di kelopak sucimu. Cikgu, maafkanlah kami, maafkanlah di atas segala kejahilan dan kederhakaan kami keatas cikgu. Saat itu, kami hanyalah sebuah tin kosong yang masih tidak mempunyai sebarang isi. Kini, tin ini telah diisi dengan jutaan pengalaman yang tidak mampu dijual beli. Kami tahu bahawa ungkapan MAAF itu terlalu murah di telinga cikgu, terlalu biasa diungkap, namun itu sahajalah yang mampu kami ungkapkan. Dengan rasa merendah diri dan hina ini, kami memohon maaf. Maafkan kami cikgu, maafkan kami cikgu, maafkanlah kami cikgu. Andai dapat kami undurkan putaran dunia, akan kami sentiasa mengawal tingkah laku kami agar saat penggurisan hati itu tidak hadir dalam jurnal kehidupan cikgu.



          Sekalung tahniah kami ucapkan kepada cikgu semua kerana telah berjaya mendidik kami, berjaya menjalankan amanat, berjaya membentuk nukleus masyarakat citra madani. Tahniah cikgu, jasa cikgu akan kami kenang selamanya. Bila yang tertulis untukku adalah yang terbaik untukmu, kan kujadikan kenangan yang terindah dalam hidupku. Namun takkan mudah bagiku meninggalkan jejak hidupmu yang telah terukir abadi sebagai kenangan yang terindah.





Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih, Maha Penyayang



" Segala puji bagi ALLAH tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad SAW dan juga ke ataskeluarganya serta sahabat-sahabatnya.



Ya ALLAH tuhan kami, terimalah doa kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar. Ya ALLAH, dengan rasa yang merendah diri ini, kami memohon agar Engkau ampunilah segala dosa-dosa para guru kami. Engkau tenangkan hati mereka, tabahkan hati mereka, limpahkan kurniamu kepada mereka. Murahkan rezeki mereka, terimalah segala amalan mereka, terimalah taubat mereka ya ALLAH, makbulkan doa mereka. Berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada mereka sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Jauhilah mereka daripada fitnah manusia, fitnah kubur mahupun fitnah dajal.



ALLAH mencucuri rahmat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi ALLAH, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir Seluruh Alam."



AMIN





Utuhnya sena timbunan silara,

tempatnya pawang menyimpan keluang;

Guru penjana transformasi negara,

lelah dibuang luhur berjuang.



LAGU KHAS UNTUK CIKGU



MEMORI TERCIPTA - SHEILA OIAM



Bergetar jiwa di persada bercahaya

pertemuan harapan pertama kalinya

bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi

sukar di percaya

pintunya terbuka



disini jua memori tercipta

walau seketika terjalin kasih kita

mungkin di sini

kitakan berpisah

kenangan bersama tiada ku lupa



mengalun suara sesulit bisikan hati

seiringan mencari haluan berseni

bergetar jiwa ku hadapi mimpi-mimpi

tiada pun terduga

pintunya terbuka



disini jua memori tercipta

walau seketika terjalin kasih kita

mungkin disini kita kan terpisah

kenangan bersama tidak ku lupa



yang terpahit jua termanis

semuanya bagiku terindah

kuingati buat selama-lamanya



disini jua memori tercita

walau seketika terjalin kasih kita

mungkin disini kita kan terpisah

kenangan bersama tiada ku lupa



mungkin di sini kitakan terpisah

kenangan bersama

kenangan bersama

kenangan bersama

mungkin disini kitakan terpisah



kenangan bersama tiada ku lupa





Maaf ini sahaja yang mampu kami lakukan dan berikan kepada cikgu. Ini hanyalah sebuah karya penulis amatur seperti kami yang layak berada di atas sekonyok kertas kamil.



SYUKRAN JAZILAN WA JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA

No comments:

Post a Comment