Pages

Wednesday 25 May 2011

DZAHIER HAZIQ BIN MUHD MUIN DALAM KENANGAN

Seluruh warga SABDA dikejutkan dengan berita pemergian seorang daripada ahli ABADI yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh di Hulu Langat pada 21 May 2011 baru baru ini. Salah seorang mangsa yang dilaporkan terkorban merupakan allahyarham Dzahier Haziq bin Muhd Muin yang merupakan bekas Ketua Tingkatan 5 Al-Battani 2010 ,bekas ahli rumah Amethyst dan juga bekas pemain skuad bola sepak SABDA.


Menurut berita yang dikhabarkan melalui abang allahyarham, mereka selalu ke rumah anak anak yatim tersebut setiap kali hujung minggu untuk mengaji Al-Quran ekoran daripada beberapa persoalan yang kerap ditanya oleh rakan rakan yang lain tentang kehadiran Dzahier di situ.


Menurut ibu Dzahier, allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum "pergi". Allahyarham memperoleh 5A dalam peperiksaan SPM baru baru ini. Allahyarham juga mendapat dua tawaran untuk menyambung pengajiannya iaitu satu ke Kolej Matrikulasi Gopeng dalam jurusan Sains dan satu lagi untuk pengajian diploma Sains di UiTM. Demi mengejar cita cita yang ingin menjadi seorang doktor, allahyarham tekad untuk meneruskan pengajian ke Kolej Matrikulasi Gopeng.

"Namun cita citanya tidak kesampaian apabila terlibat dalam kejadian tanah runtuh ini." kata ibu Dzahier.

Dikhabarkan allahyarham dikebumikan bersama 6 anak yatim yang lain dalam satu liang lahad. Pihak sekolah juga telah dimaklumkan mengenai berita yang amat mengejutkan ini. Dan alhamdulillah, pihak sekolah telahpun mengadakan solat jenazah dan tahlil untuk Allahyarham Dzahier sejurus mengetahui berita tersebut pada hari yang sama berita dilaporkan.







ya Allah..dunia ini hanya sementara...

sedang ajal kami tak mengira usia...

tersentap hati kami setelah mengetahui kami kehilangan rakan kami....

rakan yg kami peluk suatu ketika dahulu...
rakan yg kami bersembang bersama hari itu....
rakan yg berkongsi masalah ketika kami susah....
dan berkongsi gembira ketika kami senang.....
sesungguhnya Kau berhak atas segala gala nya....
dan kami redha atas pemergian nya....



ya Allah...sesungguhnya jiwa kami dlm genggaman Mu....

terangi lah kepada kami jln yg benar....

jauhilah diri kami dari kemungkaran....
dekatkan lah diri kami dgn kebaikan....
demi nama Mu yg teratas....
kurnia lah kami dgn husnul khatimah....
dan pelihara lah kami drpd suul khatimah....



salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad, para sahabat dan keluarga mereka....

Amin ya rabbal 'alamin....






Dzahier Haziq, kau merupakan seorang sahabat kepada ramai, anak kepada ibubapa mu, adik/abang kepada saudara saudara mu,tapi kau hamba kepada Allah, dan Dia lebih berhak. Semoga Allah melapangkan kuburmu dan menjadikannya taman syurga, semoga kau terlepas daripada seksaan kubur, Padang Mahsyar dan Hari Akhirat. Doa kami mengiringi pemergianmu agar kau bahagia di alam lain. Semoga Allah menerima doa kami kepada seorang sahabat.




Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman.


Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment